Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puluhan ribu pekerja migran keluar sempadan Thai

    BANGKOK, 23 MAC – Puluhan ribu pekerja pendatang dari Laos dan Myanmar membanjiri stesen bas dan lintasan sempadan di Thailand hari ini, tidak menghirau permintaan untuk tinggal dalam rumah untuk mengekang penularan jangkitan koronavirus.

    Laos dan Myanmar – dua negara paling mundur di Asia Tenggara – kedua-duanya mendakwa mereka tidak mempunyai kes COVID-19, yang telah membunuh lebih daripada 14,000 orang di seluruh dunia.

    Jumlah jangkitan yang disahkan di Thailand, yang menggaji berjuta-juta pekerja pendatang dari negara jirannya, bertambah dua kali ganda pada hujung minggu kepada 721 orang.

    Tatkala ibu negara Bangkok menghadapi sekatan perjalanan, ramai pekerja telah menganggur, dan walaupun kerajaan menyeru orang awam supaya jangan berkunjung pulang, gambar yang disiar hari ini oleh saluran berita tempatan menunjukkan ribuan pekerja Myanmar menunggu di pagar sempadan untuk menyeberangi keluar dari sempadan.

    Lebih daripada 9,000 orang dijangka pulang pada akhir hari ini, beritahu gabenor wilayah, Tak Unsit Dampuntharat kepada AFP, di mana jambatan ‘persahabatan’ Thai-Myanmar akan ditutup selepas ini.

    Tiga stesen bas utama Bangkok juga melihat lebih daripada 84,000 pengunjung pada hujung minggu, kata Jirasak Yaowasakul, pengarah urusan syarikat milik kerajaan Bas Bangkok.

    “Kebanyakan mereka berkunjung ke wilayah utara dan timur laut bersempadan dengan Laos,” kata beliau, menambah syarikatnya – tidak seperti kebanyakan perniagaan swasta – sedang menjarakkan penumpang untuk mengurangkan risiko jangkitan.

    Rakyat dari Laos, Myanmar dan Kemboja membentuk sebahagian besar daripada kira-kira empat juta pekerja migran di Thailand.

    Jumlah kes yang disahkan di Kemboja meningkat kepada 84 lewat semalam selepas sekumpulan 29 pelancong Perancis diuji positif. – AFP

    Mahkamah-mahkamah sivil telah mengumumkan penutupan semua kaunter perkhidmatannya di keempat-empat daerah buat sementara waktu bermula 24 Mac sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. – Gambar daripada laman sesawang Jabatan Kehakiman Negara

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda