Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Puluhan ribu ratapi kematian anak gabenor

    BANDUNG, INDONESIA, 13 JUN – Berpuluh ribu orang membanjiri jalan-jalan raya ibu kota Bandung hari ini untuk meratapi anak lelaki gabenor, yang ditemui mati di sebatang sungai Switzerland minggu lalu selepas pencarian yang menarik perhatian Indonesia.

    Kehilangan Emmeril “Eril” Kahn Mumtadz bulan lalu telah menarik perhatian negara, dengan penduduk Indonesia memuat naik imej-imej dan video ke dalam talian mengenai anak sulung Ridwan Kamil, gabenor wilayah paling padat Indonesia, Jawa Barat.

    Pemuda berusia 22 tahun itu hilang di Sungai Aare di ibu negara Switzerland, Bern pada 26 Mei ketika berenang bersama saudara kandung perempuan dan rakan-rakannya.

    Pihak berkuasa Switzerland telah mengeluarkan mayatnya dari satu empangan selepas 12 hari pencarian dan menghantarnya ke Indonesia pada Ahad.

    Orang ramai berhimpun di Bandung, ibu kota Jawa Barat, hari ini untuk mengucapkan selamat jalan kepada anak lelaki ahli politik itu sebelum upacara pengebumian disiarkan di televisyen, di mana orang ramai yang teresak-esak dilihat melambaikan tangan kepada keluarga mangsa ketika mereka bergerak ke tanah perkuburan.

    Sebilangan orang datang dari pulau-pulau lain Indonesia untuk memberikan penghormatan, media tempatan melaporkan.

    “Saya percaya Eril sangat gembira kini dan dia tenang. Kami juga tenang dan kami telah menerima apa yang berlaku,” bapanya memberitahu pemberita di luar tanah perkuburan.

    Kamil adalah bekas datuk bandar Bandung dan salah seorang ahli politik paling popular di Indonesia, kerap disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh yang dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden 2024. – AFP

    Anggota polis mengangkat keranda semasa upacara pengebumian Emmeril Kahn Mumtadz di Bandung, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...