Puluhan ribu spesies burung terancam dijual

JAKARTA – Berpuluh-puluh ribu ekor burung terancam Indonesia sedang dijual secara haram di pasar di seluruh negara, pengawas perniagaan hidupan liar mengingatkan hari ini, melanggar undang-undang bertujuan melindungi spesies berkenaan daripada pupus.

Rangkaian pengawasan perniagaan hidupan liar TRAFFIC mencatat hampir 23,000 burung untuk dijual di lima pasar di tiga bandar utama di pulau Jawa.

Lebih daripada 20 spesies yang dikenal pasti dalam tinjauan dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang Indonesia, bermakna semua pemburuan dan penyeludupan spesies berkenaan adalah diharamkan.

Ia termasuk burung tiung sayap hitam, hidup di Jawa dan Bali, dan spesies luar biasa lain yang ditemui di luar gugusan kepulauan Indonesia.

Menjaga burung telah lama menjadi budaya negara Indonesia, dengan kurungan burung satu pemandangan biasa di luar rumah dan kedai, tetapi permintaan yang semakin meningkat untuk sesetengah spesies sebagai haiwan peliharaan telah membawa kepada kemerosotan mendadak dalam jumlah.

“Jika tahap perniagaan ini berterusan, dalam tempoh beberapa tahun akan datang sesetengah spesies burung akan dihapuskan dari hutan,” beritahu Serene Chng, penulis bersama laporan baharu TRAFFIC mengenai perniagaan burung kepada AFP.

Aktivis hidupan liar telah menggesa kerajaan supaya menutup beberapa pasar burung di Jakarta – emporium besar yang menawarkan beribu-riu spesies dilindungi untuk dijual.