Puluhan ribu tentera dikerah laksana lockdown di Afrika S

JOHANNESBURG, 22 APRIL – Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa merancang menghantar lebih daripada 73,000 tentera tambahan untuk melaksana lockdown koronavirus di seluruh negara, kata menteri pertahanan.

Negara itu telah ditutup selama empat minggu di mana aktiviti berjoging, membawa anjing berjalan-jalan serta penjualan minuman keras telah diharamkan sehingga akhir April.

Dalam sepucuk surat yang disiarkan oleh ketua parti pembangkang, Ramaphosa mengumumkan keputusannya untuk menghantar 73,180 anggota Pasukan Pertahanan Negara Afrika Selatan (SANDF) sehingga 26 Jun. – AFP