Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Puluhan sekolah Bulgaria ditutup kerana ancaman bom

    SOFIA, 28 MAC – Beberapa dozen sekolah di seluruh Bulgaria diarah ditutup kelmarin dan hari ini selepas menerima e-mel ancaman bom yang disyaki mempunyai kaitan dengan Rusia, kata polis.

    “Ketua utama penyiasat menyatakan bahawa serangan ini berkaitan dengan Rusia,” kata Menteri Dalam Negeri, Ivan Demerdzhiev.

    Pihak berkuasa Bulgaria telah meminta bantuan daripada perkhidmatan perisikan rakan kongsinya khususnya dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk mengenal pasti pelaku ancaman itu, tambahnya.

    Ancaman bom yang dihantar melalui e-mel berasal daripada akaun Google, kata pihak berkuasa.

    Satu mesej yang dilihat oleh AFP menyatakan, “Terdapat caj TNT dikenakan di semua sekolah. Tidak lama lagi semua sekolah awda akan meletup.”

    Pejabat pendakwa raya berkata ia sedang menyiasat jenayah terhadap republik itu, atau keganasan, dan sedang berusaha untuk menentukan punca serangan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...