Puluhan terkandas akibat sekatan

MANILA, 4 OGOS – Puluhan orang terkandas di lapangan terbang Manila susulan sekatan terbaharu dikuatkuasakan semula di Manila, hari ini. Lebih 27 juta orang di pusat bandar dan empat wilayah diberikan notis 24 jam berhubung sekatan terbaharu itu yang menutup perniagaan, pengangkutan awam dan menghentikan penerbangan ketika kerajaan berusaha mengekang peningkatan COVID-19.

Ruel Damaso, bekas pekerja kilang sambilan selepas sekatan pertama melumpuhkan ekonomi dan jutaan hilang pekerjaan, memutuskan untuk meninggalkan Manila selepas sekatan diumumkan. Tanpa wang dan tiada pekerjaan, dia dan dua bekas rakan sekerjanya tiba di lapangan terbang itu Sabtu lalu, tidur di atas kadbod dan bertahan dengan makanan diberikan orang ramai bersama puluhan lain yang terkandas ekoran sekatan itu.

Dia dijadualkan pulang ke rumahnya di bandar selatan Zamboanga namun terkandas di terminal dengan staf berpakaian sut perlindungan diri mengendalikan penumpang yang terkandas. – AFP

Penumpang pesawat domestik yang terkandas menunggu kemas kini di lapangan terbang Manila, 4 Ogos selepas semua penerbangan domestik dibatalkan susulan sekatan baharu bagi mengekang penularan COVID-19. – AFP