Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Puluhan tokoh pembangkang Kemboja disabit bersalah

    PHNOM PENH, 14 JUN – Sebuah mahkamah Phnom Penh menyabitkan bersalah kira-kira 60 orang tokoh pembangkang termasuk seorang aktivis AS-Kemboja dalam satu perbicaraan besar-besaran hari ini ketika Perdana Menteri Hun Sen bertindak keras terhadap penentang menjelang pilihan raya tahun depan.

    Para penentang berkenaan berdepan dakwaan-dakwaan daripada pengkhianatan hingga penghasutan dan konspirasi terhadap kegagalan cubaan pemimpin pembangkang Sam Rainsy untuk kembali ke Kemboja pada 2019, satu langkah yang digambarkan oleh kerajaan sebagai cubaan yang digugurkan untuk menggulingkan Hun Sen.

    Sementara sebilangannya adalah orang-orang kanan Parti Menyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) yang telah dibubarkan, yang terlibat langsung dalam menganjurkan kepulangan berkenaan, ramai yang lain disabit bersalah hanya kerana menyatakan sokongan di media sosial.

    Sam Rainsy, yang telah tinggal di Perancis sejak 2015 untuk mengelakkan hukuman penjara bagi sabitan yang dikatakannya bermotifkan politik, mendapat tambahan lapan tahun penjara ke atas hukuman yang telah diterimanya sebelum ini.

    “Penindasan politik terhadap pembangkang semakin menjadi ganas, dan saya katakan juga semakin membuta tuli,” katanya kepada AFP.

    Theary Seng, berpakaian seperti Patung Liberty berdiri di luar mahkamah di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP

    “Ia menyasarkan semua sfera masyarakat, dan benar-benar menyasarkan kebebasan bersuara, yang tidak ditoleransi di bawah sebahagian pihak berkuasa.”

    Di luar mahkamah, peguam dan pengkempen AS-Kemboja Theary Seng, berpakaian seperti Patung Liberty, segera diseret ke dalam sebuah kereta oleh polis selepas menerima hukuman penjara enam tahun kerana pengkhianatan.

    “Saya sedia bagi keputusan bersalah kerana rejim ini tidak akan melepaskan saya,” Theary Seng berkata sebelum sabitannya.

    “Ia akan menjadi keputusan tidak adil dan tidak patut kerana saya tidak bersalah, orang lain yang didakwa bersama saya tidak bersalah,” kata wanita berusia 51 tahun itu.

    Berikutan penahanannya, berlaku pergelutan kecil di luar mahkamah antara polis dan keluarga mereka yang disabit bersalah, serta para penyokong Theary Seng. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...