Puma liar ditemui dalam apartmen

NEW YORK, 1 SEPT – Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menyelamat seekor puma liar seberat 80 paun dari pangsapuri New York.

Puma berusia 11 bulan – bernama Sasha – tinggal dalam sebuah rumah di Bronx, menurut pegawai. Ia diselamatkan pada minggu lalu dalam operasi bersama oleh polis, Persatuan Kemanusiaan Amerika Syarikat, pegawai bandar dan kakitangan Zoo Bronx. Tuan punya puma ‘menyerah’ haiwan itu dan hadir semasa ia ditangkap, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Puma itu dibawa ke Zoo Bronx, di mana doktor haiwan memeriksanya pada hujung minggu. Sasha seterusnya dibawa ke tempat perlindungan Turpentine Creek di Arkansas, yang menjaga harimau besar yang terbiar. “Kugar ini bernasib baik kerana tuannya menyedari harimau liar tidak sesuai tinggal dalam pangsapuri atau mana-mana persekitaran domestik,” kata Kelly Donithan, pengarah respons bencana haiwan untuk Persatuan Kemanusiaan. – AFP