Punca kebakaran bangunan Taiwan disiasat

KAOHSIUNG, 15 OKT – Pegawai Taiwan hari ini menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat keadaan bangunan usang di bandar pelabuhan Kaohsiung di mana kebakaran telah meragut 46 jiwa kelmarin, ketika pihak berkuasa memeriksa runtuhan abu hitam bagi mencari punca kebakaran.

Pendakwa raya Hong Ruei-fen memberitahu wartawan di tempat kejadian bahawa dia bertekad mencari punca kebakaran itu secepat mungkin, sebelum memakai topi keras dan berjalan ke dalam bangunan rentung yang ditutup kepada awam awal hari ini. – AP