Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Punca kejadian asap tebal

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Asap tebal seperti awan mendung kelihatan dari ibu negara yang menuju ke kawasan Kota Batu petang ini berpunca daripada satu kebakaran di tapak pembuangan sampah di Jalan Kota Batu.

    Dua buah perahu serta sebuah jentera dari Balai Bomba Laut dan Balai Bomba Bandar Seri Begawan bersama 18 orang anggota bomba, diketuai oleh ASO Haji Osman dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

    Menurut kenyataan pihak bomba, sejurus sampai di tempat kejadian mereka mendapati terdapat kebakaran kecil yang melibatkan tayar dan longgokan sampah dan kemudiannya segera bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan air.

    Punca kebakaran masih disiasat.

    Kebakaran yang berlaku di tapak pembuangan sampah di Jalan Kota Batu.
    Kebakaran yang berlaku di tapak pembuangan sampah di Jalan Kota Batu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda