Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN – Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling teruk di negara itu dalam beberapa dekad telah dikenal pasti, menunjuk kepada sistem isyarat elektronik tanpa memberikan butiran lanjut.

    “Kami telah mengenal pasti punca kemalangan dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya,” kata Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw kepada agensi berita ANI, tetapi berkata adalah tidak wajar untuk memberikan butiran sebelum laporan penyiasatan akhir.

    Angka kematian akibat nahas baru-baru ini dekat Balasore, di negeri timur Odisha, dijangka meningkat melebihi 288 orang. – AFP

    Anggota polis memeriksa gerabak yang rosak akibat perlanggaran tiga kereta api berhampiran Balasore, di negeri Odisha di timur India, 4 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...