Punca sindrom Havana disiasat

HAVANA, 3 MAC – Ahli saintis membantu menyiasat sama ada racun perosak yang digunakan adalah penyebab kepada aduan kesihatan misteri dari diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada di Havana yang mana sebelumnya dipersalahkan ke atas serangan sonik, mereka berucap semasa persidangan.

Puluhan pegawai kedutaan dan ahli keluarga mereka membuat laporan mengenai kejadian tersebut buat pertama kali pada tahun 2016 di mana mereka menderita dari sesuatu yang dikenali sebagai ‘gejala Havana’. Gejala tersebut termasuk pening, keletihan dan sakit kepala, termasuk masalah pendengaran dan kesukaran penglihatan.

Pihak berkuasa AS dan Kanada pada mulanya mengesyaki serangan menggunakan senjata akustik, di mana menyebabkan meningkatnya ketegangan di antara Washington dan negara pulau Caribbean tersebut.

Tetapi pada tahun lalu, suatu kajian dari Kanada mendapati bahawa penyakit tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kandungan neurotoxin di dalam penyembur anti nyamuk.

Para penyelidik di Cuba dan Kanada sedang bekerjasama untuk mengkaji sama ada gejala tersebut menyerupai dengan penggunaan racun perosak yang digunakan oleh penduduk di sana, menurut pengarah Pusat Neurosains Cuba, Mitchell Valdes-Sosa.

Ahli saintis Cuba dan luar negara membuat perjumpaan di Havana pada 2 Mac untuk mengkaji kemungkinan racun perosak yang digunakan menyebabkan ‘gejala Havana’.- AP

“Kami tidak menyangkal bahawa sekumpulan ahli diplomatik merasa sakit,” beliau memberitahu AFP ketika sidang pengkajian Havana.

“(Tetapi) dalam kebanyakan bahagian dunia terdapat bukti bahawa jika anda terdedah kepada racun serangga walaupun dalam kadar yang rendah, secara kronik, anda akan mengalami gejala neurologi.”

Keputusan kajian tersebut akan dikeluarkan dalam masa sebulan, menurut Valdes-Sosa.

Serangan penyakit tersebut telah menjejaskan perjanjian bersejarah untuk memperbaiki hubungan di antara Washington dan Havana ketika pentadbiran Obama.

Persepakatan tersebut telah ditarik balik apabila Presiden AS Donald Trump mengambil alih pentadbiran and mengenakan semula sekatan ke atas Cuba. – AFP