Wednesday, November 13, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk amalan kitar semula

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Dalam usaha menggalakkan orang ramai mengamalkan kitar semula dan mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan, Green Brunei akan menganjurkan program kitar semula pada 5 Oktober di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk membawa barangan kitar semula ke program berkenaan bermula pukul 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

    Barangan kitar semula yang diterima termasuk kertas, buku, botol plastik, aluminium, surat khabar, kotak kadbod, logam (dicuci dan dikosongkan) dan sisa elektronik (sisa komputer, monitor, pencetak, komputer riba dan lain-lain).

    Program kutipan ini tidak menerima beg plastik, pembalut plastik, bekas plastik, kaca, styrofoam dan kertas berkilat.

    Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Green Brunei telah mengumpul sebanyak 213,687 kilogram barangan kitar semula.

    Orang ramai boleh melayari Instagram Green Brunei atau menghubungi mereka untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda