Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk bakat tempatan mengenai IoT

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Seramai 12 pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan (CHMS BSB) diberi gambaran mengenai Internet of Things (IoT) hari ini dalam langkah strategik yang bertujuan memupuk bakat tempatan sebagai salah satu inisiatif Negara Pintar Telbru.

    Aktiviti itu yang diadakan di CHMS BSB, menghimpunkan beberapa orang pakar dan rakan IoT TelBru dari SAGEMCOM, LoRA Alliance dan KONY untuk memberikan pengalaman sebenar kepada para pelajar mengenai sains di sebalik penyelesaian abad ke-21 bagi kemajuan bandar sejagat.

    Acara sehari itu menumpukan kepada pembelajaran program asas bagi pembangunan IoT sensors dan aplikasi mobile dengan harapan bahawa penglibatan sedemikian boleh mendorong pertumbuhan idea-idea inovatif yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

    Pakar-pakar IoT dan pelajar CHMS BSB bergambar ramai.
    Pakar-pakar IoT dan pelajar CHMS BSB bergambar ramai.

    Sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat ke arah melaksanakan pembangunan ICT negara menerusi bakal-bakal pemimpin masa depan, TelBru komited dalam mengajar dan membantu belia berinovatif di seluruh negara.

    Aktiviti hari ini merupakan sebahagian daripada siri acara sebelum ini dan akan datang yang disasarkan kepada pelajar-pelajar menengah dan juga dari institusi pendidikan tinggi.

    Mengulas mengenai program anjuran TelBru ini Pengetua CHMS, BSB, Kho Gui Lan berkata, “Penglibatan TelBru bersama pelajar kami adalah sebagai bukti kepada jaminan mereka ke arah memupuk masyarakat belia berpotensi yang satu hari nanti sebagai tiang kepada masyarakat dan berkhidmat kepada negara kita.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda