Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pupuk belia cintakan ilmu agama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) serta ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Daerah Tutong, kelmarin, telah menganjurkan Peraduan Kuiz Hijrah 1444 bagi Belia Masjid Senegara.

    Peraduan diadakan untuk menyemarakkan awal tahun baharu 1444 Hijrah dan untuk membentuk akhlak yang sihat, cergas serta bersih, di samping memupuk semangat cintakan ilmu agama dalam kalangan belia dan beliawanis.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Sembilan buah kumpulan terdiri daripada belia dan beliawanis masjid dari seluruh negara telah menyertai peraduan berkenaan yang diadakan di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

    Antara pemenang menerima hadiah peraduan kuiz Hijrah anjuran Bahagian Perpustakaan JHEM. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...