Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Pupuk belia cintakan masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Urus Setia Program Keagamaan Belia dan Belia Daie dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), pagi tadi, telah menga-dakan Majlis Rehlah Ilmiyyah dan Pejuang Fajr sempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.

    Kali ini dua aktiviti berkenaan digabungkan dan diungkayahkan dengan kolabrasi bersama PDI dan JHEM.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Antara pengisian program adalah sembahyang fardu Subuh berjemaah, membaca Surah Al-Kahfi yang dipimpin oleh Pengerusi Belia Daie, Awang Muhammad Fuad bin Matahir, tazkirah bertajuk ‘Penghijrahan yang utama’ yang disampaikan oleh daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Muhammad Khairul Muaz bin Haji Sibodaud, senaman pagi dan gotong royong membersihkan masjid serta merentang sajadah untuk sembahyang Jumaat.

    Rehlah Ilmiyyah merupakan aktiviti tahunan Urus Setia Program Keagamaan Belia manakala itu, Pejuang Fajr adalah aktiviti tahunan Belia Daie.

    Antara tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk melahirkan modal insan yang mengikut calak Brunei dan berkefahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah serta Mazhab Imam As-Syafie, mempelbagaikan metodologi dakwah kepada golongan belia mengikut perkembangan semasa. Selain itu, ia juga dapat membina jati diri yang berorientasikan Melayu Islam Beraja serta memupuk rasa cinta terhadap masjid dengan memakmurkannya dari semasa ke semasa.

    Tazkirah telah disampaikan oleh Awang Muhammad Khairul Muaz.
    Tetamu kehormat bersama antara yang hadir semasa program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...