Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk budaya amalan sihat

    Oleh Lyna Mohamad

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Bagi memupuk budaya amalan sihat di kalangan masyarakat terutama sekali di kalangan penduduk kampung, Masjid Kampung Belimbing, Subok telah mengadakan acara walkaton, di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada acara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud yang juga selaku Penasihat Jawatankuasa Masjid Takmir Kampung Belimbing.

    Juga hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis yang juga selaku Penghulu Mukim Kota Batu dan Penasihat Jawatankuasa Masjid Kampung Belimbing, Penasihat Jawatankuasa Takmir masjid berkenaan, Dato Paduka Haji Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Ketua Kampung Kampung Belimbing, Haji Muhd Gapor @ Daud bin Karim.

    Antara yang menyertai acara walkaton tersebut. – Gambar HARDY AJ

    Terdahulu, acara telah dimulakan dengan majlis keagamaan dengan menunaikan Solat Fardu Subuh berjemaah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi acara tersebut, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Muhd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

    Acara kemudiannya disusuli dengan acara pelepasan oleh tetamu kehormat majlis dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh imam masjid berkenaan, Awang Norijal bin Sisa.

    Acara tersebut juga diadakan sempena memperingati Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda