Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pupuk budaya inovasi AI

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Dengan matlamat bagi memupuk budaya inovasi dengan fokus transformasi digital dalam kecerdasan buatan (AI) untuk tenaga kerja di sektor awam, swasta dan persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO), Darussalam Enterprise (DARe) telah mengadakan acara Business Exploration & Opportunities: AI for Young Entrepreneurs di Auditorium Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, DARe, baru-baru ini.

    Acara berkenaan yang diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang penerapan AI terutamanya usahawan muda di negara ini, turut bersiaran secara maya. Antara yang menyertai acara itu adalah Al-Huffaz Management, Mavens.Live, BIACC, StartUp Founders dan sebagainya.

    Ia juga dihasratkan untuk mendedahkan industri AI kepada usahawan dalam sama-sama mewujudkan keusahawanan yang memiliki ekosistem penuh inovatif sehingga mampu meningkatkan kemapanan perniagaan.

    Acara turut menyaksikan sesi penandatanganan memorandum perjanjian (MoU) antara MyFinB – Centre of AI Innovation (CEAI) dengan Al-Huffaz Management dan Mavens.Live sebagai persetujuan menjadi rakan kongsi CEAI untuk jalinan kerjasama dan sokongan bagi Global AI World Summit.

    Kerjasama berkenaan adalah sebahagian usaha pendidikan untuk mengatasi halangan dalam menerima pakai AI dan penjajaran dengan 17 bidang tumpuan yang ditetapkan oleh Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Para peserta bergambar ramai selepas sesi menandatangani MoU dalam majlis yang dianjurkan oleh DARe. – Gambar serahan Al-Huffaz Management
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...