Pupuk budaya sihat melalui kayuhan berbasikal

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Bagi memupuk budaya hidup sihat, seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada mantan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkunjung ke Daerah Temburong menyertai kayuhan berbasikal sejauh lebih kurang 36 kilometer, baru-baru ini.

Jelajah kayuhan berbasikal tersebut diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith dengan acara kayuhan bermula pada jam 8 pagi dari Tamu Serbaneka, Pekan Bangar Daerah Temburong menuju ke Kampung Batang Duri dan berakhir di Pekan Bangar. Antara tujuan acara kayuhan berbasikal ini diadakan ialah selain berkayuh secara santai dan menjaga kesihatan, jelajah kayuhan ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para peserta khususnya mantan anggota ABDB.

YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bersama peserta kayuhan berbasikal di Daerah Temburong. – Gambar serahan mantan anggota ABDB