Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pupuk generasi cinta Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sebagai inisiatif mendidik dan memupuk kecintaan para pelajar dalam bidang pembacaan Al-Quran, Jabatan Pengajian lslam, melalui Bahagian Kokurikulum kelmarin telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan-peraduan kokurikulum di Dewan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Antara tujuan aktiviti itu adalah untuk memupuk kecintaan pelajar dalam bidang pembacaan Al-Quran dan sebagai langkah awal melahirkan pelapis-pelapis qari dan qariah yang berpotensi.

    Aktiviti itu juga bagi menzahirkan penghargaan dan memberi insentif kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti peraduan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian lslam.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Abdul Hakim bin Amir, johan Peraduan Taranum Al-Quran Peringkat Sekolah-sekolah Agama.

    Ia kemudian disusuli dengan ucapan pengerusi majlis dan Pengarah Pengajian Islam, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Majlis diteruskan dengan tayangan klip video Peraduan-peraduan Kokurikulum dan persembahan johan Peraduan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab dan disusuli penyampaian hadiah kepada peserta peraduan.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Haji Abdullah bin Haji Sahat.

    Haji Mohd Serudin menyampaikan hadiah semasa majlis berkenaan.
    Persembahan daripada johan Peraduan Mari Bercerita semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...