Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pupuk kesedaran didik anak berkeperluan khas

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Dalam usaha menyokong pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, satu ceramah kesedaran dan tatacara mendidik kanak-kanak berkeperluan khas akan diadakan pada 6 September ini di Aras 8, Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

    Ceramah anjuran The Impian Project dengan kerjasama Sapphire Academy yang merupakan sebuah pusat pembelajaran berkeperluan khas di Malaysia itu, akan menampilkan dua orang pakar.

    Selain memupuk kesedaran cara didikan kanak-kanak berkeperluan khas, ia juga adalah sebahagian misi berterusan The Impian Project bagi menyemai kesedaran dan keterangkuman di Brunei.

    Ia juga mendapat sokongan Bank Baiduri dan Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur dan bukan sahaja dikhaskan kepada profesional kesihatan malah mengalu-alukan kehadiran orang awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...