Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk kesedaran kesihatan mulut

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Pusat Bahagia Pulaie sekali lagi menganjurkan Taklimat Promosi Kesihatan Mulut bagi Orang Kelainan Upaya bagi tahun 2018, hari ini, untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa, penjaga terhadap penjagaan kesihatan mulut dan gigi murid dan pelatih di pusat berkenaan.

    Turut hadir pada sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, pusat itu ialah Pegawai Perubatan Pergigian (Pergigian Keperluan Khas), Dr Hajah Nurul Sa’idah binti Haji Ishak. Taklimat telah disampaikan oleh Jururawat Pergigian Kanan di Kementerian Kesihatan, Hajah Normawati.

    Program ini merupakan kali keempat diungkayahkan bersama Pusat Bahagia dan Pusat Pergigian Negara setelah kali pertama pada 2009 diikuti pada 2010 dan 2011.
    Dengan program ini juga, ibu bapa dan penjaga diharap dapat memantau kesihatan mulut dan gigi khasnya serta kesihatan tubuh badan secara menyeluruh terhadap anak-anak seperti penjagaan pemakanan, minuman dan kebersihan diri supaya sentiasa sihat dan ceria.

    Program tersebut dimeriahkan dengan pemeriksaan gigi para murid dan pelatih di pusat tersebut.

    Antara yang menghadiri taklimat itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda