Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Pupuk kesedaran lindungi spesies terancam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Bersempena dengan Hari Kehidupan Liar Sedunia, Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah melancarkan poster Hornbills of Brunei Darussalam secara maya pada 17 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UBD, di sini, pelancaran tersebut disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), UBD, Profesor Madya Dr Abby Tan serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perhutanan dan Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), dengan rakan kerjasama daripada BruWILD, BirdLife International, Mandai Nature dan United Arab Emirates University.

    Kenyataan menyatakan bahawa pada tahun ini, Hari Kehidupan Liar Sedunia jatuh pada 3 Mac dan pelancaran poster berkenaan adalah selaras dengan tema sambutan iaitu Recovering Key Species for Ecosystem Restoration.

    Poster berkenaan bermatlamat untuk mengetengahkan lapan spesies burung enggang yang terdapat di Brunei, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemuliharaan spesies berkenaan khususnya Helmeted Hornbill yang sangat terancam.

    Kenyataan menerangkan lagi bahawa poster berkenaan merupakan salah satu keluaran penyelidikan daripada projek penyelidikan UBD yang sedang berjalan bertajuk Distribution and Ecology of Hornbill Species in Brunei Darussalam.

    Projek itu merupakan kolaborasi antara UBD, BirdLife International Singapore, Mandai Nature Singapore dan United Arab Emirates University dengan sokongan pembiayaan da-ripada UBD dan Mandai Nature Singapore.

    Poster itu dihasilkan dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan, BruWILD. Poster-poster berkenaan akan diagihkan kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan untuk mempromosikan kefahaman mengenai spesies burung-burung berkenaan.

    Antara spesies burung enggang yang terancam di Brunei Darussalam. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...