Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pupuk minat dalam keusahawanan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Pertandingan Keusahawanan BIMP EAGA diharap akan dapat memupuk minat keusahawanan dan dalam masa yang sama, menggalakkan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam kalangan anak-anak tempatan di Negara Brunei Darussalam.

    “Ini bertujuan bagi membantu mempelbagaikan ekonomi negara dan me-ningkatkan Keluaran Dalam Negara

    Kasar (KDNK) dan eksport negara dalam usaha kita bersama-sama mendukung matlamat wawasan 2035 bagi menuju ke arah ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.”

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam kata alu-aluannya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keusahawanan BIMP-EAGA bagi Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Kuliah Sekolah Penerbangan, IBTE, hari ini.

    Justeru itu, beliau menyatakan bahawa negara juga perlu bersedia dengan enjin-enjin penggerak perniagaan yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.

    Dr Haji Mohd Zamri menyampaikan kata alu-aluannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Sekolah Penerbangan, IBTE, kelmarin.

    “Usaha yang dikendalikan bagi penganjuran pertandingan ini bagi mendidik pelajar-pelajar dari institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini supaya gemar berniaga sangatlah bertepatan,” ujarnya.

    Beliau menekankan, amat penting bagi para pelajar ditanamkan dengan semangat ingin berjuang, tidak gentar kepada cabaran-cabaran, inovatif dan rajin berusaha dari peringkat awal lagi.

    Dalam kata alu-aluannya lagi, Dr Haji Mohd Zamri menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti pertandingan itu, telah diberikan pendedahan mengenai konsep keusahawanan serta ceramah motivasi semasa mereka mengikuti Kem Keusahawanan BIMP-EAGA di mana antara aktiviti yang dimuatkan adalah perkongsian pengalaman serta kemahiran daripada para penceramah yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha yang telah berjaya dari negara-negara BIMP-EAGA.

    “Usaha ini bukan saja menambah ilmu pengetahuan tetapi memberikan garis pandu yang berguna bagi pelajar-pelajar jika ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang pengusaha,” tambahnya.

    Beliau mengingatkan para pelajar terutama yang telah mengikuti kem dan pertandingan keusahawanan berkenaan bahawa bidang perniagaan menghadapi untung rugi dan menghadap pelbagai cabaran serta cubaan.

    “Kesilapan haruslah dijadikan sebagai satu pengajaran. Kejayaan sememangnya tidak dapat diraih sekelip mata. Kita perlu berkarih, bejarih barutah belurih,” ujar beliau lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...