Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk minat membaca dalam Bahasa Inggeris

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Bagi memupuk minat kalangan pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris, Kumpulan Bruneians:Read (B:Read) dengan sokongan Sa’adatul Enterprise telah meraikan Sambutan ‘UN English Language Day’ di Bilik Persidangan, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA), pagi tadi.

    Sambutan yang membawa tema ‘Kepentingan Literasi’ itu diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Continue the Story’ dan ‘Bookswap’ yang mana para pelajar berpeluang untuk tukar-menukar buku-buku mereka dengan buku yang disediakan oleh B:Read.

    Selain itu, Make A Book Brunei juga mengendalikan Bengkel ‘Make A Book’ untuk mendedahkan mereka mengenai proses penghasilan buku dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak $10, yang mana hasil kutipan itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA).

    Acara seumpamanya bertujuan untuk memupuk minat membaca dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan membaca dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pada peringkat awal lagi.

    Pada masa yang sama, ia juga bagi mewujudkan suasana baru bagi para pelajar untuk merasai pengalaman baru di sekolah yang menumpukan pada Bahasa Inggeris dan menyebarkan kesedaran tentang kepentingan literasi.

    Antara para pelajar yang menyertai aktiviti berkenaan.
    Antara para pelajar yang menyertai aktiviti berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda