BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Bagi meningkatkan pengetahuan tentang sejarah Brunei, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah mengadakan Program Perintis Pakar Sejarah Berkala secara maya pada 16 dan 18 Disember.
Program yang melibatkan pelajar pra siswazah dan siswazah FPPI itu dihadiri oleh Dekan FPPI, Awang Muhammad Sahrin bin Haji Masri, dan Pegawai Sejarah Kanan PSB, Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh, serta para pegawai, kakitangan PSB, pensyarah-pensyarah dan para pelajar UNISSA.
Antara objektifnya program itu adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar FPPI tentang semangat bekerjasama menjalankan sebuah program di samping memupuk minat para pelajar untuk menjadi belia yang mencintai sejarah dan bergiat aktif dalam aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti semester dijalankan. Antara pengisian program ialah penyampaian taklimat mengenai PSB dan penBorneo, taklimat mengenai pemeliharaan rekod, pendigitalan rekod dan taklimat mengenai tatacara penulisan esei.
Selain itu, pelajar juga dikongsikan mengenai kaedah penyelidikan sejarah, pemuliharaan dan epigrafi, serta penyusunan salasilah dan penerangan mengenai grafik dan ilustrasi.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/12/P9-2A_20122021.jpg)