Pupuk minda keusahawanan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 14 April – Untuk memberi inspirasi kepada para belia memulakan perniagaan, Kumpulan Belia IbadurRahman dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong telah mengadakan sesi taklimat keusahawanan dengan bertemakan ‘Sembang Keusahawanan’ di masjid berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu khas bagi mendengar sesi taklimat tersebut ialah Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Haji Awang Mohd Soffi bin Orang Kaya Seri Wijaya Haji Awang Abdullah.

Taklimat keusahawanan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Al-Huffaz Management, Haji Mohd Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan dan Pengasas Qafa Haus, Dayang Norfatriah Abdullah.

Taklimat berkenaan diadakan untuk menyampaikan maklumat mengenai selok-belok perniagaan atau keusahawanan dan menggalakkan golongan belia untuk berdikari dalam pengurusan kewangan dan menjana sumber kewangan melalui perniagaan.

Haji Mohd Loqman Al-Hakim semasa menyampaikan taklimat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, kelmarin.