Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pupuk semangat pelajar hayati Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Dalam usaha untuk memupuk semangat agar sentiasa mencintai dan menghayati Al-Quran serta mengamalkan ajaran agama Islam khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar, Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6.

    Seramai 22 orang murid terdiri daripada 12 murid lelaki dan 10 murid perempuan mengikuti majlis khatam tersebut yang diadakan di Dewan Bunga Simpur sekolah agama berkenaan.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Ketua Unit Amali Ugama Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Junaidi bin Haji Abdullah yang turut menyampaikan sijil khatam.

    Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar serta memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.  

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara para ibu bapa, penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis keagamaan di sekolah.

    Awang Junaidi menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan.
    Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Datu Mahawangsa Lambak yang diraikan pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...