Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk sikap pemedulian terhadap masyarakat

    TUTONG, 11 MAC – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui cawangan Penerangan Tutong, kelmarin, telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Keriam, Mukim Keriam, Daerah Tutong di balai raya kampung berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, rombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan telah diketuai oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya.

    Hadir semasa program itu ialah Pemangku Ketua Kampung Keriam, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Keriam.

    Kenyataan menyatakan, program bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat serta menyebarluaskan sikap pemedulian pihak kerajaan terhadap masyarakat.

    Selain itu, ia juga diadakan untuk memberigakan maklumat dan program serta perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung, menyampaikan maklumat (isu-isu semasa) dan dasar kerajaan di samping menerima pandangan dan cadangan orang ramai.

    Dayang Ruhil Amal Faridah dan Awang Ahanapi bergambar ramai bersama ahli-ahli MPK Keriam sempena Program Sua Muka di Balai Raya, Kampung Keriam, Mukim Keriam, Daerah Tutong. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda