Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pupuk sikap pemedulian terhadap masyarakat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN,7 DIS – Dalam usaha mengimarahkan Masjid Pengiran Muda Abdul Malik dan membentuk masyarakat Islam yang harmoni, sakinah serta mempunyai sifat ringan tulang antara satu sama lain, Kelab Belia Ashabul Halim baru-baru ini telah menganjurkan Program Tahaddu Tahabbu 5.0 yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Katok.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian program berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Program kali kelima dan merupakan acara tahunan masjid berkenaan turut disokong oleh imam masjid dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga diharap dapat memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan bantuan sekali gus menjadi masyarakat yang penyayang di samping melahirkan rasa cinta kepada penduduk kampung untuk sering mengunjungi masjid.

    Para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Kelab Belia Ashabul Haliim

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...