Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pura-pura buta untuk nikmati faedah kebajikan

    ROM, 16 DIS – Seorang lelaki Itali yang menerima bantuan kebajikan kerajaan bertahun-tahun lamanya disebabkan buta ditahan semalam kerana disyaki menipu selepas dilihat memandu, membeli-belah dan menunggang skuter, menurut laporan berita.

    Lelaki di Palermo, Sicily, menerima faedah berjumlah sekurang-kurangnya 170,000 euro sejak 2008 selepas mengakui dia ‘buta’ akibat masalah kongenital, lapor media tempatan.

    Polis kewangan Itali dihubungi selepas lelaki itu memperbaharui lesen memandunya pada 2018 meskipun mengisytiharkan dirinya buta, kata media.

    Semasa pemantauan, pihak berkuasa melihat lelaki itu memandu, sementara menggunakan telefonnya pada masa sama, melihat di tingkap kedai ketika berjalan di gedung membeli-belah sibuk dan mengajar anak perempuannya menunggang basikal. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda