Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Puripol juara berganda pecut Sukan SEA

    HANOI, 19 MEI – Pelari pecut remaja Thailand, Puripol Boonson memusnahkan lawan untuk memenangi acara 100m lelaki dalam masa 10.44 saat di Sukan SEA kelmarin sekaligus merangkul kemenangan beregu pecut di Hanoi.

    Manakala Kayla Anise Richardson dari Filipina memenangi acara 100m wanita untuk menambah gangsa 200m di ibu negara Vietnam.

    Acara tersebut dalam genggaman Puripol, 16, yang dengan mudah menewaskan pelari lain untuk membungkam penonton yang hampir keseluruhannya warga tempatan di stadium My Dinh. Sensasi remaja itu sudah menjadi perhatian ramai selepas dua kali memecahkan rekod sukan dalam acara 200m dengan masa terbaiknya 20.37 saat merangkul emas.

    Beliau menamatkan saingan meng-atasi rakan sepasukan Thailand, Soraoat Dapbang, yang meraih perak, dengan pelari Singapura, Marc Brian Louis memungut pingat gangsa.

    Richardson pula mendapati dirinya bersaing sengit dengan pesaingnya apabila beliau melepasi garisan penamat dalam 11.60 saat untuk memenangi emas wanita, hanya 0.02 saat di hadapan Veronica Shanti Pereira dari Singapura. Beliau mengatasi prestasinya apabila memenangi emas di Sukan SEA 2015, kemudian mencatat masa 11.76 saat, dan menggelar kemenangan kelmarin sebagai ‘kemenangan kecil peribadi’. – AFP

    Reaksi Puripol Boonson dari Thailand meraikan kejayaan memenangi emas dalam acara 100m akhir lelaki pada Sukan SEA ke-31 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...