Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat asuhan diminta utamakan aspek keselamatan

    SANDAKAN, 21 Sept – Semua Pusat Asuhan persendirian di Sabah diminta mengutamakan aspek keselamatan terutama berkaitan kebakaran.

    Justeru, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata semua pusat tersebut bekerjasama dengan agensi kerajaan terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk mendapatkan nasihat aspek keselamatan cegah kebakaran di premis mereka.

    Katanya kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang mengorbankan 23 nyawa harus dijadikan peringatan. “Kita harus berhati-hati dalam tindakan kita ambil bagi memastikan keselamatan penghuni di dalam premis,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai Maal Hijrah di Pusat Asuhan Anak-Anak Yatim Al-Yakin di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda