Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pusat bersalin alternatif diwujudkan di Pulau Bum Bum

    SEMPORNA, 17 JUN – Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan RM380,000 bagi pembaikan infrastruktur untuk menyediakan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum dekat sini.

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pewujudan ABC akan memberi kemudahan kepada ibu mengandung di pulau tersebut untuk melahirkan anak di klinik kesihatan terbabit tanpa perlu ke tanah besar Semporna.

    “Ini akan menjimatkan masa dan perbelanjaan sekali gus meringankan beban penduduk di sini. 

    “Di sini (Pulau Bum Bum) kelahiran anak damit pada setiap bulan direkodkan lebih kurang 40 orang,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum hari ini. 

    Dr Noor Azmi berkata KKM berusaha memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat termasuk penduduk pulau dan ia seiring hasrat kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. 

    Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata ABC hanya menumpukan kes bersalin normal dan selamat manakala kes bersalin rumit akan dirujuk ke Hospital Semporna.

    “Saya jangka pusat bersalin ini akan mula beroperasi selewatnya hujung tahun ini dan lawatan timbalan menteri pada hari ini untuk meninjau permohonan berkaitan keperluan aset serta peralatan bagi pewujudan ABC ini. – Bernama

    Datuk Dr Noor Azmi Ghazal (kiri) berbual bersama pesakit kanser otot Saffiyya Aisyah Sharul Asyraf, 6, pada majlis penyampaian sumbangan di Bukit Merah Laketown baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...