Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pusat Ehsan anjur Aktiviti Berjalan, Berlari & Berbasikal

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 5 SEPT – Seramai 150 orang telah menyertai aktiviti Berjalan, Berlari dan Berbasikal anjuran Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang berlangsung di Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Aktiviti kebajikan yang bertujuan untuk mengekalkan gaya hidup sihat itu dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim selaku tetamu kehormat.

    Kategori berbasikal sejauh 30 kilometer turut disertai oleh ahli kumpulan berbasikal dari Daerah Tutong, Santai-santai Riders (SSR) dan Amateur Cycling Team (ACT) selaku marsyal aktiviti berbasikal yang bermula dan berakhir di perkarangan Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar Daerah Temburong.

    Salah seorang ahli SSR, Awang Mohammad Husaini bin Ali Hassan berkata, dengan adanya acara seumpama itu, ia bukan sahaja untuk melengkapkan penyertaan di keempat-empat daerah yang telah dianjurkan oleh Pusat Ehsan sebelum ini.

    Selain mengekalkan gaya hidup yang sihat, aktiviti berkenaan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta.

    Ia juga disasarkan kepada para belia, kanak-kanak dan seluruh masyarakat di negara ini tambahan lagi pada masa ini musim cuti persekolahan dan ia merupakan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga bagi mengikuti aktiviti-aktiviti sihat.

    Kumpulan SSR dan ACT semasa menyertai aktiviti berbasikal sejauh 30 kilometer. – Gambar serahan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...