Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) pagi tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan, Kampung Bengkurong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang terdiri daripada individu kelainan upaya dan kakitangan Pusat Ehsan diikuti dengan bacaan takhtim, tahlil dan Doa Khatam.

Pada majlis tersebut, Pusat Ehsan turut menerima sumbangan $1,000 daripada Samima Sdn Bhd yang disampaikan oleh Haji Hidayathullah bin Haji Tajudeen.

Di samping itu, Sitthi Trading Sdn Bhd juga turut menyumbangkan derma $1,000 yang diserahkan oleh Shajahan Ameerali.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada 30 orang penuntut Pusat Ehsan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.

Tetamu kehormat ketika menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan, Kampung Bengkurong.