Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Ehsan terima sumbangan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam hari ini menerima sumbangan derma bernilai $5,000 daripada Olive Tree Corporation (OTC) Inc (Pizza Hut Brunei).

    Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam dan Ketua Eksekutif Undang-undang OTC, Izan Zein kepada pegawai Pusat Ehsan, Hajah Mariah binti PDIS DSLJ Haji Johari dalam majlis yang berlangsung di di bilik pentadbiran pusat berkenaan hari ini.

    Turut hadir Pemangku Ketua Pentadbiran Pusat Ehsan, Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin.

    Menurut Izan Zein, sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam sama-sama memberikan bantuan dan sokongan yang berterusan kepada mereka yang memerlukan khususnya lagi kepada pusat-pusat bukan kerajaan di negara ini.

    Penyerahan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
    Penyerahan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda