Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Ehsan terima sumbangan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept. – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini, menerima sumbangan berupa lima anak pokok Eugenia Oleina – Syzygium mytifolium bersama beberapa plastik tanah kompos daripada Hotel Radisson, di sini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Sumber Manusia, Hotel Radisson Brunei, Niza Afendi kepada Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Sejurus selepas menyerahkan anak pokok tersebut, upacara menanam pokok-pokok tersebut diadakan yang disertai oleh warga Pusat Ehsan bersama warga Hotel Radisson.

    Niza (kiri) menyerahkan anak pokok kepada Pengiran Datin Hajah Noraini (kanan).
    Warga Pusat Ehsan dan Hotel Radisson ketika menanam pokok yang disumbangkan.

    Sumbangan berkenaan adalah antara aktiviti tahunan hotel di seluruh dunia yang mengadakan aktiviti menyumbang kepada masyarakat pada setiap September.

    Niza dalam temu bual menjelaskan, sumbangan di Pusat Ehsan berkenaan adalah aktiviti terakhir buat tahun ini memandangkan sepanjang September sekumpulan 10 orang warga Hotel Radisson telah mengadakan aktiviti seumpamanya untuk pusat-pusat yang lainnya sebelum ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda