Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat icare baharu dibuka

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 13 MAC – Bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggannya di Daerah Belait, Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd (IITGT) telah membuka Pusat iCare baharu di daerah ini.

    Majlis pelancaran pusat yang terletak di Jalan Maulana, Kuala Belait itu telah diadakan, hari ini, dan disempurnakan oleh Pengurus Besar IITGT, Haji Zamrin bin Haji Abdul Ghani yang diiringi oleh Pengarah Urusan Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd (BKB), Haji Yusof bin Haji Mohd Judin.

    Pada majlis pelancaran itu, para jemputan dan kakitangan pusat berpeluang menyaksikan pelbagai pejabat dan kemudahan yang terdapat di pusat itu bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan di daerah ini.

    Pusat iCare Kuala Belait menyediakan perkhidmatan bantuan tepi jalan raya 24 jam, tujuh hari seminggu kepada pelanggan yang mengikuti IITGT Motor Vehicle Takaful.

    Ini termasuk pusat panggilan 24 jam, penundaan bagi kemalangan dan kerosakan, pemeriksaan kenderaan pra-tuntutan dan Perkhidmatan Respons Kemalangan Kereta (CARS) mengikuti prosedur Motor Claim Guidelines (MCG).

    Pusat berkenaan disokong oleh 22 unit jentera tunda, 11 buah trak bantuan tepi jalan raya, tiga kereta salon dan lima unit motosikal bagi menangani CARS di daerah ini.

    Tetamu kehormat meninjau kemudahan yang terdapat di pusat yang baharu dibuka itu.
    Haji Zamrin menyempurnakan perasmian Pusat iCare baharu di Jalan Maulana baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda