Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan

    KUCHING, 11 NOV – Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan, yang merupakan langkah strategik untuk meletakkan negeri ini sebagai peneraju dalam inovasi berasaskan teknologi.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan perkara ini ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata SAIC akan memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi AI dalam sektor utama, termasuk penjagaan kesihatan, pertanian, pendidikan dan pembuatan.

    “Pusat ini akan mempromosikan produktiviti, mendorong penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

    Melalui perkongsian dengan pemain tempatan dan antarabangsa, SAIC bertujuan untuk memacu inovasi termaju dan memperkukuh ekonomi Sarawak, dengan menjadi hab bagi penyelesaian AI dan teknologi,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda