Pusat latihan China bantu tingkat kemahiran warga Uganda

KAMPALA – Tabitha Kisaakye, seorang pakar mesin Uganda yang menjalani sesi latihan selama enam bulan, merasa gembira. Kemahiran yang diperolehnya daripada tenaga pengajar dari China adalah amat penting kerana negaranya menyokong pertumbuhan ekonomi melalui industri.

Kisaakye antara kumpulan pelatih yang mendaftar di Institut Penyelidikan Perindustrian Uganda yang dibiayai oleh kerajaan China, khususnya di kampus Namanve institut itu, sebuah pusat latihan vokasional.

Kemudahan bernilai AS$30 juta itu, terletak di atas tanah seluas 15 ekar adalah hasil hubungan erat China-Afrika.

Dalam salah satu sesi latihan yang dijalankan, Zheng Zhimin, seorang tenaga pengajar dari China yang bertanggungjawab untuk melatih menggunakan mesin kawalan berangka, memberikan lima pelatih dalam satu kumpulan dengan pengalaman praktikal. Masing-masing bergilir-gilir mengendalikan jentera berteknologi tinggi sambil mendengar arahan daripada tenaga pengajar.

“Kami beralih daripada cara konvensional untuk melakukan sesuatu kepada cara yang lebih automatik. Memudahan sesuatu bahagian yang rumit, di mana kebiasaanya mengambil masa yang lama menggunakan mesin konvesional,” kata Kisaakye, seorang graduan jurutera industri dan pengurusan.

Para pelatih tempatan mendengarkan penjelasan daripada pengajar Cina di Institut Penyelidikan Perindustrian Uganda yang dibiayai China,di Taman Perindustrian Namanve di daerah Mukono, Uganda. – Xinhua
Kelihatan seorang pengajar Cina menunjukkan kepada para pelatih cara menggunakan mesin dengan betul. – Xinhua

Gerald Manzi, seorang lagi pelatih, berkata tenaga pengajar dari China telah membantu meningkatkan pengetahuan mereka dalam menggunakan mesin.

“Kami mempunyai pengetahuan tetapi mereka telah memberikan banyak penjelasan mengenai perkara yang benar-benar teknikal, yang saya rasa adalah perkara yang baik,” kata Manzi.

Peter Agumisiriza, jurutera mekanikal dan juruteknik penyelenggaraan di institut itu, berkata selepas enam bulan menjalani latihan, dia dan rakan-rakannya akan mengongsikan kemahiran mereka kepada pelatih lain yang diterima masuk ke institut itu.

Agumisiriza berkata program kemahiran itu penting kepada negara kerana kebanyakan graduan universiti atau institusi pengajian tinggi lain tidak mempunyai pengalaman praktikal.

“Teori yang kami pelajari daripada universiti tidak dapat membawa kami ke mana-mana.

Industri penghasilan memerlukan seseorang yang boleh mereka bentuk, membangunkan dan melaksanakan sesuatu projek,” katanya.

“Dengan penubuhan pusat pembangunan kemahiran ini, kami akan dapat melahirkan graduan untuk kemahiran industri. Ini akan membantu untuk memangkin pembangunan industri,” tambah Agumisiriza.

Zheng, pengajar dari China, menyatakan program kemahiran akan menyediakan latihan kepada mereka yang akan mengendalikan sektor perindustrian pada masa akan datang.

Kemudahan latihan dan penghasilan, yang dibina dan dibiayai oleh China, bukan sahaja akan memberikan kemahiran kepada penduduk tempatan tetapi juga mengeluarkan bahagian mekanikal dengan teknologi moden, menurut sumber kerajaan.

Pusat ini mempunyai lima bengkel pembuatan dan bangunan latihan pemprosesan elektronik, elektrik dan mekanikal. Kira-kira 960 orang pelajar boleh menjalani latihan pada satu masa.

Uganda berharap untuk menggunakan pusat itu sebagai unit penghasilan alat ganti automotif dalam usaha mengurangkan kos import, menurut kerajaan. Angka kerajaan menunjukkan negara membelanjakan AS$23 juta setiap tahun untuk mengimport alat ganti kenderaan bermotor dan AS$18 juta untuk alat ganti motosikal.

Charles Kwesiga, ketua Institut Penyelidikan Perindustrian Uganda, menyifatkan kemudahan itu sebagai langkah awal ke arah pembuatan produk berkualiti yang memenuhi piawaian antarabangsa.

“Ia adalah kemudahan yang sangat penting. Ia adalah langkah awal untuk mencipta mesen moden, penghasilan,” kata Kwesiga semasa pelancaran kemudahan itu pada Januari tahun lepas.

“Dengan cara itu kita boleh masuk ke pasaran dengan produk berkualiti tinggi yang kompetitif.” – Xinhua