Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat mengundi tonjol kelainan

    JAKARTA, 27 Jun – Datuk Bandar Bandung merangkap calon Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dan keluarganya hari ini, mengundi pada pilihan raya wilayah di pusat mengundi yang bertemakan Piala Dunia, lapor Jakarta Post.

    Ridwan tiba di pusat mengundi di cawangan Cibeunying Kaler dengan memakai jersi pasukan bola sepak Sepanyol, manakala isterinya Atalia Praratya memakai jersi Portugal.

    Anak sulung mereka Emmiril Khan Mumtadz pula dengan jersi England, menurut portal dalam talian kompas.com.

    Mereka adalah antara 494 pengundi yang layak mengundi.

    Pusat pengundian bertemakan Piala Dunia itu bertujuan menarik lebih ramai keluar mengundi.

    Anggota urusetia pusat mengundi dan pengundi biasa turut dilihat memakai jersi pasukan bola sepak yang mengambil bahagian pada Piala Dunia 2018. Ridwan dan rakannya dari Tasikmalaya, Uu Ruzhanul Ulum yang disokong Parti Hanura, Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti NasDem dan Parti Kebangkitan Nasional (PKB), merupakan satu daripada empat calon pasangan yang bertanding untuk memenanangi jawatan tertinggi di Jawa Barat . – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda