Pusat PDK di zon hijau Sarawak dibuka semula 25 Ogos

KUCHING, 11 OGOS – Semua pusat Pemu-lihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan yang telah diisytiharkan zon hijau atau tiada kes baharu COVID-19 di Sarawak akan dibuka semula pada 25 Ogos setelah ditutup lebih empat bulan susulan penularan pandemik COVID-19.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komu-niti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pembukaan semula PDK itu telah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada mesyuaratnya hari ini.

“Kita memberi ruang kepada pusat PDK terbabit untuk membuat persiapan dalam masa dua minggu ini (untuk mereka bero-perasi semula),” katanya pada sidang media bagi mengumumkan garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan COVID-19 di Pusat PDK di Wisma Kebajikan di sini. – Bernama