Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat pemeriksaan COVID-19 di Sarawak dipindah

    KUCHING, 22 MAC – Pusat pemeriksaan COVID-19 di Hospital Umum Sarawak telah dipindahkan ke Pusat Belia dan Sukan Negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau berkata pemindahan lokasi pusat itu bertujuan memberi kemudahan kepada mereka yang perlu menjalani pemeriksaan dalam persekitaran lebih kondusif dan selamat.

    “Pusat berkenaan mempunyai dua bahagian, iaitu satu bahagian dikhususkan kepada mereka yang mempunyai kontak rapat atau kasual tetapi tiada gejala penyakit, manakala satu lagi bahagian diperuntukkan kepada mereka yang mempunyai gejala. Yang penting mereka perlu datang secara bersendirian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Uggah yang juga timbalan ketua menteri berkata jawatankuasa itu dalam mesyuarat hari ini juga memutuskan semua pasar raya, pasar, farmasi dan klinik swasta menjalankan amalan jarakan sosial di premis mereka.

    Katanya, pemilik premis terbabit juga diminta mengadakan pemeriksaan suhu badan ke atas semua pelanggan, menyediakan cecair pembasmi kuman manakala anggota polis akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di semua premis itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda