Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pusat pemulihan dadah Mexico diserang, 14 maut

    CIUDAD JUAREZ, Mexico, 27 Sept – Kira-kira 14 orang terkorban dan lapan lagi cedera pada malam kelmarin di utara Mexico apabila kumpulan bersenjata melepaskan tembakan di pusat pemulihan dadah, kata polis tempatan.

    Dalam kenyataan itu, para pegawai keselamatan di bandar Chihuahua berkata ‘kumpulan bersenjata memasuki pusat pemulihan Uniting Families’, menyerang mereka yang berada di dalamnya dengan senjata raifal. Pasukan tindak pertama tiba di tempat kejadian untuk memeduli mangsa cedera di pusat itu, di mana kira-kira 25 orang dianggarkan telah diserang.

    Negeri Chihuahua yang bersempadan dengan Amerika Syarikat telah mengalami beberapa keganasan teruk dalam perjuangan tentera Mexico berdekad lamanya menentang pengedaran dadah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda