Pusat Penyerahan Setempat MPC dibuka semula mulai esok

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan bahawa perkhidmatan Pusat Penyerahan Setempat (Pertukaran Penerimaan dan Penyerahan Surat-surat Kerajaan), Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC), Berakas akan dibuka semula bermula 7 Oktober ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, JPP menjelaskan bahawa waktu operasi bagi perkhidmatan berkenaan ditetapkan pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja iaitu dari 8 pagi hingga 1:30 petang.

Untuk itu, JPP mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan jabatan atas sokongan dan kesabaran atas kesulitan yang telah dialami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian 2380481 atau 8711002 (WhatsApp) atau e-mel ke [email protected]