Pusat peranginan Itali batal amaran ancaman glasier

ROM, 9 OGOS – Sebuah resort di Alpine Itali hari ini membatalkan amaran waspada selepas pengumuman minggu lalu berhubung bongkah ais glasier di pergunungan Mont Blanc mungkin menghempap mereka.

Kira-kira 15 orang yang dipindahkan kini dapat kembali ke rumah mereka di Courmayeur dan lalu lintas di lembah Cap Ferret telah dibuka semula, kata satu kenyataan dari pegawai bandar.

Perubahan iklim semakin mencairkan glasier dunia, menimbulkan bahaya baharu bagi bandar Courmayeur, sebuah komuniti peranginan di wilayah Aosta di Itali, berdekatan sempadan Perancis.

Bandar itu diletakkan dalam keadaan waspada kerana bimbang ais yang dianggarkan sekitar 500,000 meter kata seorang pegawai dari gletser Planpincieux berisiko jatuh dan mengancam rumah mereka.

Tetapi hari ini, pegawai bandar mengumumkan bahawa semua langkah keselamatan telah ditarik semula.

Sebilangan penduduk tempatan menolak tindakan penutupan itu, dan mengatakan ia telah menjejaskan lagi musim pelancongan yang sudah terjejas oleh wabak COVID-19. Tetapi pejabat datuk bandar mengatakan “Pemindahan itu diperlukan dan tidak dapat dielakkan kerana risiko glasier.” – AFP