Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pusat swab, vaksinasi ditutup sempena raya

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa pusat-pusat ujian swab dan vaksinasi akan ditutup selama dua hari iaitu pada Hari Raya pertama dan kedua.

    Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Walau bagaimanapun, orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ujian swab masih boleh mendapatkannya di Pusat Kesihatan Berakas, dari 2 petang hingga 9 malam, dan di Pusat SARI, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait pada hari-hari kelepasan awam berkenaan,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi.

    Manakala itu, Perkhidmatan Talian Harapan 145 juga ditutup pada hari-hari berkenaan.

    Oleh itu, menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan kecemasan, bolehlah terus menghubungi talian 991.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...