Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pusat Vaksinasi Dewan Kemasyarakatan Tutong ditutup 30 Mei ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Berikutan situasi jangkitan COVID negara pada masa ini dalam keadaan terkawal dan mengambil kira peratus vaksinasi di tahap memuaskan, Pusat Vaksinasi Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong akan ditutup mulai 30 Mei ini.

    Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan mengongsikan perkara tersebut pada sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dengan penutupan tersebut, bermula 1 Jun, orang ramai yang tinggal di Daerah Tutong dan berkeinginan mendapatkan vaksinasi COVID, boleh mendapatkannya di pusat-pusat kesihatan kerajaan di Daerah Tutong atau di Unit Vaksinasi, Pejabat Kesihatan Daerah Tutong, menurut Yang Berhormat Pehin.

    Beliau turut menjelaskan beberapa tempat dan waktu telah ditetapkan antaranya bagi penduduk tadahan Pusat Kesihatan Pekan Tutong boleh mendapatkan khidmat vaksinasi di Unit Vaksinasi, Pejabat Kesihatan Daerah Tutong dengan nombor talian 4260804; bagi penduduk tadahan Pusat Kesihatan Lamunin pula akan menerima khidmat vaksinasi di Pusat Kesihatan Lamunin dan boleh menghubungi talian 4237397; penduduk tadahan bagi Pusat Kesihatan Telisai pula ditempatkan di Pusat Kesihatan Telisai dengan talian 4244456 dan penduduk tadahan Pusat Kesihatan Sungai Kelugos ditempatkan di Pusat Kesihatan Sungai Kelugos dengan talian 4240646.

    Sehubungan itu, waktu beroperasi bagi keempat-empat pusat kesihatan tersebut ialah dari Isnin hingga Khamis dan Sabtu, mulai jam 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan disambung semula pada jam 1:30 petang hingga 4:30 petang.

    Yang berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga menasihatkan mereka yang ingin mendapatkan vaksin bolehlah membuat temu janji terlebih dahulu bagi mendapatkan giliran pada hari dan waktu yang ditetapkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...