Pusat Vaksinasi Temburong pindah lokasi

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Bermula esok, 13 September, Pusat Vaksinasi Temburong di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam akan mula beroperasi di Dewan Kemasyarakatan Belalong.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media hari ini.

Yang Berhormat Dato menjelaskan waktu operasi bagi Pusat Vaksinasi Temburong di Dewan Kemasyarakatan Belalong tersebut ialah Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu pada jam 8:15 pagi hingga 11:30 pagi dan pada jam 1:45 petang hingga 3:30 petang.